Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, November 6, 2012

:: Kejayaan Besar PDTAG...~

Assalamualaikum...

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) telah diperkenalkan pada tahun 2010 bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam Sektor Awam. Pengiktirafan ini juga bertujuan untuk menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik serta ciri-ciri kecemerlangan yang dihasilkan oleh agensi Sektor Awam yang berjaya memberi perubahan yang signifikan dari segi peningkatan kecekapan, keberkesanan dan juga kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Anugerah ini memberi fokus kepada empat (4) bidang pengurusan khusus pengurusan Sektor Awam yang dikenal pasti sebagai kritikal di peringkat akar umbi dan juga kepada prestasi jentera transformasi yang menyeluruh iaitu:
(a)    Pengurusan Kewangan;
(b)    Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi;
(c)    Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah; dan 
(d)    Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.  

Inovasi dalam setiap bidang ini akan dinilai oleh Panel Penilai yang terdiri daripada pakar dan tokoh terkemuka berasaskan kriteria yang ditetapkan. Keputusan muktamad terhadap perakuan penerima setiap anugerah ini dibuat oleh Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan iaitu Panel 3P yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara.  Penerima bagi setiap kategori anugerah bakal mendapat ganjaran wang tunai sebanyak RM300,000.00, piala iringan serta sijil.
sumber dari Portal Mampu

Baru2 ni Majlis Penyampaian AISA 2011 ni diadakan di MITC Melaka...berikut adalah pemenangnya..


patutlah deme buat kt Melaka eh?... hehe

Pejabat Daerah dan Tanah telah memenangi Kategori Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) 2011. Credit to All PDTAG Staff...

TAHNIAH!!!

RM300k??? hehhehe....rezeki2...

aku yg berkhidmat di unit IT merupakan level yg terakhir dalam proses dokumentation dan persembahan  slide kepada para juri...
ingat lagi 2 3 kali pegi putrajaya hantar dokumen..ader je x kena.. CD xde la..lampiran xckup la..haha..
alhamdulillah akhirnya Pejabat aku berjaya...
bangga nyer dalam hati ni Allah je yg tahu..
penat lelah sebulan sebelum trkh hntr dokumen dah rasa..
tu belum masa juri nak dtg audit di pejabat..
blk 2 3 pagi.. abg gafar (staf it gak) sampai x tido betulkan ayat..
ingt lagi.. hanya nak buh label kt tepi dokumen jer kami keje smpi pagi..
bukan ape... byk kn.. juri dalam 10 org kne la copy kn dokumen yg tebal tu 10 copy..
yg membantu masa tu hanya 2 3 org jer.. penat wei..

ape2 pn bersyukur dgn kejayaan ni.. moga PDTAG terus unggul...