Saturday, August 12, 2017

::throwback:: Berpantang Sendiri

Assalamualaikum...

sbb dah lamo bona tak update.. maka... berbaling belakang je la ibu ye..hahaha

haa.. nak simpan cerita berpantang masa bersalinkan husnaa.. sbb nye ibu ni pelupa..
jadi kenangan2 mcm ni kita simpan kt sini ye...ngee~

Masa berpantang kali ke 2 ni.. mmg 100% dijaga oleh suami (panggil abah la ye)

omak dah takdo.. omak mertuo tak bapo sihat... jaga la sendiri ye.. sendiri yg beranak..hahaha

lgpun masa ni ibu ngan abah dah duk sendiri.. duk rumah sewa..

alkisahnye.. abah ni tak pandai memasak, bab mandi anak, jago anak mmg tiptop.. tapi bab memasak ni mmg dio tak suko... TAPI...
disebabkan menjaga ibu yg dalam pantang ni.. dia belajar memasak.. dia gigih memasak jgk dgn tunjuk ajar bini dia ni...hahaha

berurut panggil org urut kat rumah.. set berpantang pun guna yang kwn2 kasi.. belen2 deme punya.. jadilah kan.. hahaha

masa bersalinkan husnaa abah bercuti agak lama.. klu tak silap dekat 3 mggu jugak dia bercuti.. sejak ibu masuk wad sbb nak uruskan abang uzair sampai la ibu dah kuat sikit dalam berpantang.

Bila dia dah masuk kerja pun. dia dah siap2kan semua,, hantar abg sekolah, mandikan husnaa, masak lauk ibu, masak nasi, siapkan air... semuo lah... Syabas abah...kikikiki
ibu duk rumah goyang kaki layankan husnaa je...kikiki

mujur la abah kerja masuk pukul 10pagi.. kerja gaji mengikut hari.. bygkan la 3mggu tu tak kerja brapa byk xde gaji tu... mujur kami menyimpan dari mula2 dapat tahu ibu mengandung, kami dah mula menabung. kami bukan org senang jadi mmg kena standby...Alhamdulillah, Allah cukupkan keperluan kami.

lucu juga masa lauk 1st abah masak untuk ibu... ikan goreng dgn sawi masak air... bukan main byk hmpasnye... ntah bp byk la dia tumbuk bwg tu...
tapi ibu makan dengan penuh berselera...hahahha... lepas dh kenyang baru ibu tegur..
lama2 masakan abah makin baik.. dia pun dah tak tanya ibu mcm mana nak msk...dia dah makin mahir... clap clap clap.. welldone! kikikiki

tp lauk lobak putih abah masak mmg sodap masa tu.. ibu makan bertambah2... rezeki susu husnaa pun melimpah2.. berkat dari masakan abah...

walaupun dalam tempoh berpantang mmg lauk yg sama je berulang2.. ibu dah cukup bahagia.. dijaga oleh abah dengan sangat baik. Hanya Allah yang dapat membalas jasa abah.

Terima Kasih kekasih halalku... 
Semoga Allah memberkatimu
Memperluaskan Rezekimu
Mempermudahkan urusanmu
Memberikan Kebahagian di dunia dan akhirat kepadamu
Aamiin... 

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple


Assalamualaikum..

mula nak join2 balik blogwalking...

::klik gambar untuk join ::

jom!!!!




si manis ibu abah... welcome aboard..

Assalamualaikum....

lama sangat tak update blog haaa... hahaha
ingat nk start blk.. bosan lak nk post kt fb citer2 kenangan...

okey.. kita mulakan dengan introduce family member yang baru.. dah beso dah dia baru ibu nak citer sal dia... hahaha...
xpe la.. kita throwback2 ye....


02 Julai 2015 : 5.00 pagi

Lahirlah seorang srikandi ibu abah.. dengan kaedah emergency czer... lalalala
alhamdulillah.. ibu dan ank selamat dan sihat..itu yg lebih penting kan..haha

ibu kne admit kat hsptl awal dari trkh due... masa tu baby baru 36mggu.. sbb air ketuban bocor..haha.. camno lah leh bocor..

jadi doktor tanya ibu nak cuba bersalin normal ke tau tak.. ofcos la ibu nak try normal kn.. ado rezeki boleh tmbh lg ompek anak... hahaha

perancangan Allah tu lebih baik..

 masa baby dah 37week ibu di induce.. sbbkan awal lagi jadi mmg le tak de bukaan.. jadi terpakso la dipakso2 dengan ubat... hahaha

ubat 1st dan 2nd mmg ibu tak rasa sakit langsung.. dari jam 10pg ibu msuk labor room smpai kul 10 mlm masih bukaan bru 2cm.. tapi doc dah dpt rasa rambut baby. 

doc msuk kn ubat kali ke 3 kali ni melalui drip.. dan doc benarkan abah msuk teman ibu.. doc bg tempoh 4 jam kali ni.. kalau tak bersalin gk mmg terus emergency czer..sbb doc xnak amik risiko ibu ada asma dan masa abg uzair pun czer.

 ubat kali ke 3 ni baru ibu raso sakit yg amat... hahaha... nak bengkok besi katil ibu pegang... contraction sgt kerap.. dlm masa 5 minit 2kali rasa contraction.. 

abah masa tu teman ibu... dia pun bercerita la pasal abang uzair la.. cuba buat lawak la... hahaha
ibu bukan dengar sgt pun.. tgh tahan sakit... tapi dengan ada abah ibu jadi kuat la sikit kan tahan sakit... lepas 4 jam.. masih tak ada bukaan... pukul 4 pagi doktor trus suruh czer..

masa tu nurse2 buat procedure czer.. msukkn tiub kencing ke ape ke ibu dah merelakan je... tak ada rasa pun.. sbb rasa sakit contrction tu dah tutup rasa2 sakit yg lain... masa tu ibu doa dalam hati... cepatlah doktor ni bius... cepatlah!!!! hahaha

Alhamdulillah... semuanye selesai... baby kena masuk nursery sbb doc on antibiotik.. ada jangkitan kuman sikit sbb air ketuban bocor tu.

dlm masa 4 hari ibu abah ulang alik ke hospital tgk anak ibu.. supply susu.. selepas 5hr baby dibenarkan pulang...

Selepas hari ke 7, Nama diberi...

welcome my dear Alfyna Husnaa

Kasih Sayang Kami Yang Cantik/Yang Baik

Semoga jadi anak yang solehah,
Hamba Allah yang taat,
Anak yang baik,
Manusia yang berbakti,
Srikandi yang memperjuangkan perkara2 baik.
Aamiin

InsyaAllah....

Abah dan Husnaa.. sbbkn husnaa kne masuk nursery.. 
ni gmbr dia dah 4 hari...



Monday, September 19, 2016

Si mulut manes

Scene 1
Uzair: ibu... Ibu xsihat ke?
Ibu: aah.. ibu xsihat ni...
Uzair: abah?
Ibu: abah pun xsihat... Abah sakit tekak
Uzair: ooo.. Adik ngan uzair sihat...
Ibu... Ibu... Uzair dgn adik jaga ibu ngan abah LAh.. Ibu ngan abah xsihat

Manis Sgt ni....

Scene 2
Uzair: ibu.. Nak susu yg lain tu
Ibu: susu lain? Susu ape
Tunjuk dlm peti ais... Susu manis rupenye
Ibu: ibu buat air Milo ea...
Uzair: yeayyyy... Terima kasih ibu buatkan air uzair... Baiklah ibu ni...

Sooo manes kata2 beliau...

Love u sayang... #ahmaduzair

Friday, February 5, 2016

Nak buat duit... Hanya bermodalkan RM60.. jom baca!!

Assalamualaikum....

mula terjebak dgn CharityID ni semalam...
lepas tgk post cikgu adhadi di facebook..
xsampai 24jam saya dah dpt modal semula

ni review dari cikgu adhadi di fb
kurang 48jam dia punya network


saya bawah dia la... kalau anda join anda dibawah link dia..
dia rajin promosikan.. jadi kita pun akan dpt benefit..
kita pulak kne juga sama2 rajin promosikan...
sama2 bantu org bawah kita...


ni antara entry dari mereka yang join...
saya nak citer panjang pun xpandai...


dari THE BLOG THAT U LIKE
Dulu orang tanya saya pasal bisnes urus email di rumah Puan Masnah. Sekarang ni orang tanya pulak pasalCharityID.com plak. Hmm.. kedua-dua program ini menggunakan modal yang sama yakni RM60. Ya, ada modal yer.. bukan percuma.  *Ramai yang tanya jer tapi tak pernah nak cuba.. susah juga tu.. hehehehe.. kalau nak berjaya kena berani ambik risiko. Yang ni modal RM60 kira ok la. Kalau yang lain tu sampai beratus, beribu.. lagi seram nak cuba kan.  Tapi kalau modal RM60 pun anda tak berani nak cuba, maknanya bisnes online dan program networking tak sesuai untuk anda. Lebih sesuai makan gaji saja. (hehehehe.. jangan marah aa..)
Anyway, pasal CharityID.com ni saya rasa takde ruang untuk admin program ni nak menipu sesiapa sebabpertamanya konsep yang dibawakan adalah derma sesama kita. Dengan program ini anda tidak perlu menjual apa-apa. Sistemnya ada auto lock (yakni anda tak perlu buat apa-apa langsung) atau pun kalau anda nak lebih cepat, anda boleh promosikan link anda sendiri. Keduanya, dan yang paling penting kita bayar RM60 tu terus ke akaun penerima. Bukan kepada company atau orang tengah. Jadi tiada hanky panky. Penerima terus dapat duit dari anda. Anda pula akan dibayar oleh orang lain terus ke akaun bank anda juga. Kerja anda approve kan derma dari orang lain saja. Jadi, CharityID tak boleh nak tipu lah. Jadi persoalan samada CharityID ni scam atau tak tu dah terjawab.
Menarik lagi CharityID ini menggunakan konsep langkah demi langkah. Bermula dari pendaftaran sehinggalah langkah level yang seterusnya dimana anda boleh dapatkan derma yang lebih tinggi seperti RM120, RM240 dan RM360. Jadi jika anda mahu menyertai program CharityID.com ni anda hanya perlu ikut langkah demi langkah.
Namun suka saya ingatkan kepada pengguna lihat dulu info yang diberikan. Saya puji admin CharityID sebab menyediakan platform untuk membantu user mereka dengan video, pdf dan link yg bagi saya sangat bagus untuk membantu program berjalan lancar. Thumbs up.. !!
Well, sebab info dari video CharityID pun dah cukup bagus.. tak perlu dah saya cerita panjang. Lihat jer lah video disini. Secara ringkas boleh saya simpulkan, bagusnya CharityId adalah pada ketelusan (bayar terus pada akaun penerima) dan support yang bagus. Risiko dalam program ini pula sangat rendah iaitu kalau program ni tutup lah. huhuhuhu…
Tapi apa-apa pun semua program-program yang berbentuk networking ni akan bergerak laju jika anda buat promosi. Jadi, semuanya bergantung kepada anda juga..
Good luck..!!

ni antara testimoni..


JOIN SEKARANG.....



terima kasih ya.....

Wednesday, October 28, 2015

mula2 baik...



nak tido...

uzair : abah....abah nak selimut tak?
abah : tak nak uzair...
uzair : tak nak sudah!
abah : amboi !!!

ibu : hahahaha....

Wednesday, October 21, 2015

: Kenapa Uzair xnak ke sekolah...~

sejak ibu hantar uzair ke sekolah...lepas ibu cuti..
hari ni baru uzair tak menangis... walaupn ada merengek sikit asik ckp nak duduk rumah ibu za...

sbb baru hari ni ibu tanya kat uzair kenapa xnak pergi sklh..
ibu: uzair cube cakap kat ibu kenapa uzair xnak pegi sekolah? kawan2 kacau uzair ke? cikgu marah ke?
uzair: nak tido...
ibu: kan ckgu bagi tido... kejap lagi uzair smpai sekolah uzair tido dulu...ok?
uzair angguk2
uzair: nak bawak bantal...
ibu: ok.. uzair bawak batal ea..

hari ni ibu pegi kerja dengan senang hati...

cikgu bg gambar... uzair makan bertambah...