Thursday, November 15, 2012

:: Please Pray For GAZA...~

Assalamualaikum...

aku ni dah lama x tgk berita..
sbb byk cuti minggu ni jd asik dpt tgk berita jer..

berita plg beremosi sal Israel serang Palestin lagi..
menyirap aku dengan org israel neh...
dalam hati aku ni berdoa yang buruk2 jer tuk israel neh..

Palestin jangan berputus asa..
Kita masih ada Allah..
jgn berhenti berdoa..

negara kita dan negara2 lain hanya boleh ckp jer..
"kami kecam sekeras2nya serangan terhadap Palestin"
asik la ayat yg sama dari dulu kn...
bukan ape kita ni xde kuasa veto..
yg ader kuasa veto pun smua sekutu dengan israel tu..

tapi jgn lupa kita saudara seislam dengan org palestin ader kuasa MAHA VETO..
iaitu ALLAH SWT...
kita boleh membantu.. walaupun sikit..

setiap kali solat 5 waktu tu apa salahnya kita selitkan doa untuk saudara2 kita di Palestin skali..
sambung sikit jer ayat dihujung doa kita untuk mereka...
ini juga satu bantuan dari kita untuk mereka..
Allah Maha mendengar.. 

Yok Berdoa Untuk Palestin


:: Bukan rezeki la tuu....~

Assalamualaikum...

ape yg xde rezeki tu? hehe...
belum ada rezeki lagi nak tgk jantina baby...

kelmarin nak pegi scan baby kt klinik di bukit katil..
dah siap telefon 2x.. nak cnfrm kn dr ader..
kt klinik tu je jumpe Dr perempuan yg scan gune 3D..
ensomi xnak g kat dr lelaki..
dlm stgh jam gk la nak smpi ke klinik tu dri rumah..
kami gerak lps maghrib sbb klinik tu tutup kul 9..
takut lmbt pulak..
msa otw pun ader tel nk cnfrmkn ader dr..
sampai2 je... dr ader emergency plak..
gigi dia patah kne g hosptl...
aduh.. kecewanyer...

ensomi kata...
xde rezeki la tu..
ader hikmah ni dia xnak bg kita tgk lg..
xpe2 nnt hari jumaat kita g lagi ea..

dalam hati bukan main frust lg..
mgkin aku terlalu excited kot..
xkisah pun sal jantina baby ape..
tp lebih excited nak tgk baby jer..
dah lama xtgk baby..

hope jumaat ni dapatlah tgk anak ibu kn? amin~

Tuesday, November 6, 2012

:: Kejayaan Besar PDTAG...~

Assalamualaikum...

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) telah diperkenalkan pada tahun 2010 bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam Sektor Awam. Pengiktirafan ini juga bertujuan untuk menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik serta ciri-ciri kecemerlangan yang dihasilkan oleh agensi Sektor Awam yang berjaya memberi perubahan yang signifikan dari segi peningkatan kecekapan, keberkesanan dan juga kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Anugerah ini memberi fokus kepada empat (4) bidang pengurusan khusus pengurusan Sektor Awam yang dikenal pasti sebagai kritikal di peringkat akar umbi dan juga kepada prestasi jentera transformasi yang menyeluruh iaitu:
(a)    Pengurusan Kewangan;
(b)    Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi;
(c)    Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah; dan 
(d)    Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.  

Inovasi dalam setiap bidang ini akan dinilai oleh Panel Penilai yang terdiri daripada pakar dan tokoh terkemuka berasaskan kriteria yang ditetapkan. Keputusan muktamad terhadap perakuan penerima setiap anugerah ini dibuat oleh Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan iaitu Panel 3P yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara.  Penerima bagi setiap kategori anugerah bakal mendapat ganjaran wang tunai sebanyak RM300,000.00, piala iringan serta sijil.
sumber dari Portal Mampu

Baru2 ni Majlis Penyampaian AISA 2011 ni diadakan di MITC Melaka...berikut adalah pemenangnya..


patutlah deme buat kt Melaka eh?... hehe

Pejabat Daerah dan Tanah telah memenangi Kategori Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) 2011. Credit to All PDTAG Staff...

TAHNIAH!!!

RM300k??? hehhehe....rezeki2...

aku yg berkhidmat di unit IT merupakan level yg terakhir dalam proses dokumentation dan persembahan  slide kepada para juri...
ingat lagi 2 3 kali pegi putrajaya hantar dokumen..ader je x kena.. CD xde la..lampiran xckup la..haha..
alhamdulillah akhirnya Pejabat aku berjaya...
bangga nyer dalam hati ni Allah je yg tahu..
penat lelah sebulan sebelum trkh hntr dokumen dah rasa..
tu belum masa juri nak dtg audit di pejabat..
blk 2 3 pagi.. abg gafar (staf it gak) sampai x tido betulkan ayat..
ingt lagi.. hanya nak buh label kt tepi dokumen jer kami keje smpi pagi..
bukan ape... byk kn.. juri dalam 10 org kne la copy kn dokumen yg tebal tu 10 copy..
yg membantu masa tu hanya 2 3 org jer.. penat wei..

ape2 pn bersyukur dgn kejayaan ni.. moga PDTAG terus unggul...