~~~

~~~

Ahmad Uzair

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 19, 2012

:: Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam... ~

join segmen lagi.... hehe...

sape nak join leh klik pada banner dibawah... JOM RAMAI2 TAMBAHKAN FOLLOWER ANDA!!


follower saya = 24org
** ohw sikitnyer... hehe..... 

Monday, September 17, 2012

:: Diari Hamil ~ Minggu Kedua Belas...~

Tarikh : 30 Julai 2012

Catatan Ibu

  • ibu pergi buat buku merah kat klinik kesihatan pantai belimbing
  • timbang berat, ukur tinggi,check perut, check air kencing, check payudara, borak2 isi maklumat dalam buku.
  • ibu kena pegi poliklinik durian tunggal pulak amik darah dan scan.. nak tgk lagi anak ibu
  • pagi abah teman ibu..dah lepas kul 10pg ibu sorg2 jer.. abah kene keje.. huhuhu
Catatan Klinikal
  • Doc spital kerajaan pun ckp anak ibu dah 11 bulan ikut ukuran masa scan..
  • tgh2 scan tetiba anak ibu ni gerak2 la... comel je...
  • doc spital pun ckp anak ibu ni aktif..
  • hemoglobin ibu cukup2 je.. kena makan ubat tambah darah
Senarai Semak Ibu
  • 13 ogos 2012 datang scan lagi ngan minum air gula (oh TIDAK!)
  • 27 ogos 2012 check perut kat klinik pantai belimbing



:: Diari Hamil ~ Minggu Kesebelas...~

copy dri buku diari hamil... untuk bacaan anak ibu nnt.. insyaAllah...
ibu takut ilanglah.. sbb ibu ni ader sindrom suke ilangkan brg skit... hehehe

ibu stapler gambar anak ibu.. 1st time scan...

Scan pertama pada 27 Julai 2012

Catatan iBu
  • Ramadhan yang ke 7
  • Baru dapat tahu berita gembira ni.. scan dkt klinik Dr Siti
  • rasa badan sakit2, kat pinggang ngan seluruh bahagian belakang badan
  • muka ibu dah pucat lesi (ramai dah tegur) ** abah bg green light soh buke pose... hehe
  • Ibu tgk anak ibu buat pertama kali... anak ibu gerak2.. doc ckp anak ibu ni aktif... *sebak tetibe*
  • Doc ckp anak ibu ni sihat... Alhamdulillah~
Catatan Klinikal
  • Doc pun x sure berapa bulan dah usia anak ibu ni..
  • Kalau ikut kiraan last dtg bulan mmg salah..
  • Doc just anggarkan anak ibu dah 11 minggu.... yeay!
Senarai Semak Ibu
  • kene buat buku merah
  • 20 ogos 2012 scan lagi kat doc siti
  • dah boleh beli buku2 ibu mengandung
  • beli susu!!!
** sebabkan ruang dlm buku tu terhad jadi penulisan pun singkat2 jer... hehe
xpe la.. janji anak ibu faham kn?


Wednesday, September 12, 2012

:: 22 Kesalahan Dalam Memberi Nama Anak...~

Assalamualaikum...

tgh jalan2 tgk blog org terbace 1 artikel ni.. rasanya sgt bermanfaat.. moh ler kita baca..

kredit kepada tuan empunya blog yg post artikel ni WADI


Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia adalah:


1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :


Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
`Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
Wati (Persetubuhan)
Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)


2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
Azali
Muhaimin


3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
Suyuti (Orang Asyut)
Bukhari (Orang Bukhara)
Ghazali (Orang Ghazal)
Nawawi (Orang Nawa) 
Misri atau Masri (Orang Mesir)
Baihaqi (Orang Baihaq)
Tirmizi (Orang Tirmiz)


4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.



5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.


6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab


7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
Ghulam `Ali (Hamba `Ali)


8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)


9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.


10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.


11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
Zaleha – sepatutnya Zulaikha


12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.


13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
Muti`ah (yang taat)


14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:

Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)


15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:
Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)


16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
Syamsul Bahri (matahari lautan)
Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
Rafidhi (Syiah pelampau)
Atan (keldai betina)
Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
Jamalullail (keindahan malam)


Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi

- makna buruk : pengecut
Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang

- makna buruk : yang menyalak


17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.


Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
Fairuz
Sirin (manis –bahasa Farsi)
Rustam
Sarfaraz (mulia)
Sibawaih (wangian epal)

18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’


19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)


Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain



20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.

Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
Syukri (Kesyukuranku)
Fathi (Kemenanganku)

Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri



Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:

نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.



Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.



Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:


Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.


Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat. Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.

Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:

Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.

Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.


21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:


لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ



(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! (Al-Ghafir :16 )


dan ayat:


هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ



Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. (Al-Hasyr: 23 )



22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:

Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah

Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.

** tgh mencari2 nama yang sesuai untuk anak ibu... ermmm jgn bgtau abah tau... hehe


Tuesday, September 11, 2012

:: zyraroxx: follower datang bertubi-tubi...~



sajer nak nak join dak ni punya acara.... kreatif dia ni...



sape nak join moh ler..... http://zyraroxx.blogspot.com/2012/08/patriotisme-malaysian-secebok-baskin.html

follower ann byk ni yo..haha

http://www.google.com/friendconnect/settings/edit?smpl=true&st=e%3DAOG8GaBdzerKc%252FRfnW%252BfVgU3tB53emveSP%252FrBrKWt5C2mC%252BeaENMRSvn9mXSbfgmDODKdHPFk%252BLN%252FQu5QYwAE3N3PWOqbybVX94DTyflgIbPYrfh5DikTI9lqMcwpsX2VPEfaAN8yW0q9M9yB6JSMsGQHF65CC%252Bwf33mZtW5WVa0QG9qVkSaNr029xoe1OdGBN1htEcVX3uhidQffd3a482vARQw0SOydB6j443%252Bgr7WY0d1qL%252FRTsqL5VQOI%252BFWpLLbxm%252BfMUrM%26c%3Dpeoplesense



:: Cerita Yang Susah Untuk Diceritakan..~

Assalamualaikum...

hari ni dah masuk 18 bulan usia kandungan ni...
hehe.. cepatnyer masa berlalu..
semoga anak ibu sihat dan dilindungi
semasa masih dalam kandungan ibu ni...amin~

ok! ramai org ada kisah gembira dan kisah sedih masing2
sama la mcm aku..
anyway aku ni mmg kuat bercerita ngan kwn2
citer kecik ke citer bsr ke mst aku cerita dgn deme
tp ada 1 je cerita yg sampai skrg aku masih belum cerita pada sesiapa
bukan xnak cerita tp x boleh bercerita
sbb setiap kali nak cerita je air mata dh bergenang
aku ni jenis x boleh menangis dpn org
ego la konon... elek
tp mmg x boleh la..
kdg2 klu teringat je pun boleh meleleh air mato den..

cerita sal ape? dan sape?

kisah arwah mak aku..
kisah hidup keluarga aku dari aku sekolah teknik sampai la mak aku dah xde..
"adoi... dh bergenang air mato neh pulak.." tahan...tahan...
klu kwn2 aku perasan.. aku klu bercerita sal arwah mak
mst cerita sblm aku sklh teknik atau cerita masa kecik2..
aku x pnh cerita kisah arwah masa aku di poli..
sbb... xboleh cerita.. nnt nanges... huhuhu
even ensomi pun xpenah tau kisah fmly aku ketika tu..
dia pun xpnh pakse nak tau..
sbb nnt lg tambah sedih aku...

masa tu hidup kami susah...
tp aku kurg rasa susah tu sbb aku duk kt asrama..
arwah mak pun x bercerita sbb takut aku terganggu..
tp aku anak dia mcm mana pun aku mst dpt tau gak..
dah2.. xleh story lgi...huhu

* kisah tu pun dah lama berlalu..
jadikan pengalaman sebagai pengajaran..
cuma aku terkilan sbb masa tu aku masih bersekolah..
kalau x mmg aku xkan biarkan perkara tu berlaku..

** semoga arwah mak tenang disana.... Amin~

ALFATIHAH....~




Monday, September 10, 2012

:: bersawang...~


dah lama x update blog...
sama la dgn lamanya x menulis dalam buku ni...


nnt ibu update ea p'kembangan anak ibu lam buku... 
skrg ni ibu asik duk ngan abah lam bilik pomen dia jer tgk movie.. 
dh hbs movie ibu pn dh ngatuk... tido...hehe

**xde idea nk update.. citer byk.. tp xde mood nk menaip... next time nulih lg kt cni...